Gua setuju 100% dengan saudara Jimmy Hillhead yang menulis kepada blogger amirhamzah64 dalm blognya Segalanya Mungkin....(baca sini)
Memang itu yang berlaku sekarang ni di Johor. Gua memang cukup terkilan dengan sikap AP2 dan ADUN2 yang kita telah undi dan bagi kemenangan kat diorang dulu.
Memanglah kita nak BN menang, kita nak UMNO menang dan BN yang memerintah di Johor dan di Malaysia. Tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk memilih sudah pun dilaksanakan. So tanggungjawab lu orang sebagai wakil rakyat yang dipilih macam mana pulak?
Memang betul seperti yang dikata oleh saudara Jimmy, di UTM kebanyakan warga UTM adalah penyokong pembangkang, terutamanya PAS & PKR. Dan segala dakyah pembangkang lebih mudah disalurkan kepada para pelajar yang bakal menjadi pemilih bila umur cukup 21 tahun.
Jadi apa yang UMNO Johor buat? Takkan nak tengok je, satu IPTA di Johor jadi medan pembangkang? Itu pasal la gua tak minat nak sambung belajar kat UTM. Biar jauh beratus km, gua sanggup naik ke Shah Alam, sambung buat Master kat UiTM.
Kat UiTM takde sapa berani nak kempen2 ngan gua, sebab gua terang2 mengaku orang UMNO. Apa gua nak takut?
Itu yang gua heran sesangat bila AP2 dan ADUN2 UMNO Johor takut nak masuk UTM. Kalau setakat nak tarik golongan pertengahan, orang-orang kampung, mana cukup. Golongan2 professional seperti doktor, lawyer, acountant, arkitek, professor, top2 engineer, tak patut dibiarkan. Kalau kita terlepas mereka2 ini ke tangan pembangkang, rugi besar la UMNO!
YAB Datuk Ghani, takkan nak bior je kot....sudah2 la berzapin tu...gua minat gak zapin dan ghazal tapi UMNO tetap gua sayang...
No comments:
Post a Comment