Wednesday, January 13, 2010

Aduan Rakyat TV3

Gua depan TV ni. Tengah tengok Aduan Rakyat kat TV3.

Bagus rancangan ni. Malam ni kisah anak2 OKU dan penderitaan ibu mereka, apatah lagi yang bertaraf ibu tunggal. Separuh darinya tak boleh bekerja, sebab ada anak OKU yang perlu dikelolakan.

Tahap OKU anak2 ini majoritinya yang tak boleh bergerak langsung akibat demam panas, sawan, polio dan sebagainya. Yang sedihnya, bila dengar rintihan dan aduan mereka tentang bantuan yang diharapkan dari kerajaan (JKM), yang tak kunjung tiba sejak sekian lama. Ditambah pula dengan kerenah birokrasi yang selalu membuat golongan seperti ini macam bola yang ditendang ke sana ke mari.

Sebrutal-brutal gua, rasanya kalau gua lah yang buat liputan kes mereka ni, gua konfiden gua akan menangis. Tapi bila tengok muka pegawai2 JKM yang gua rasa tak brutal langsung, dia orang tu macam rileks je. Macam tak kesian.

Gua mintak janganlah ditangguh-tangguh apa-apa bantuan yang boleh disumbangkan kepada mereka. Bagilah cepat. Kata RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Bila dipikir-pikir, gua terkenang duit RM500 ribu yang nak diberi kepada gereja yang terbakar kat Desa Melawati tu. Sayangnya duit tu.... kalau bagi kat rumah pusat sokongan ibu dan anak kurang upaya Azwar tadi pun berbaloi. Besar pahala...

Monday, January 11, 2010

Subsidi Petrol

Kelmarin kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan harga petrol 2 peringkat (two-tier) iaitu yang pertama mengikut kerakyatan dan kedua mengikut kapasiti enjin kenderaan.

Gua tak pasti samada sebelum keputusan tu keluar, mereka ni ada berbincang secara menyeluruh ke tidak, atau saja cakap dulu, fikir kemudian. 

Cara yang pertama iaitu mengikut kerakyatan tu kira ok lah, boleh terima, tapi semua pengguna kena tunjuk IC (MyKad) dulu sebelum isi minyak. So, kalau macam tu, kenalah ada satu mekanisme untuk membolehkan rakyat Malaysia dapat isi minyak dengan harga murah selepas tunjuk MyKad. Pastikan semua pam minyak di seluruh negara mempunyai mekanisme yang sebegitu hebat. Tak tau lah gua, diorang nak guna manual ke (bangla) atau guna mesin canggih.

Tapi cara yang kedua iaitu mengikut kapasiti enjin, gua tak leh terima. Sebab? Ada ke pulak dia cakap kalau pakai kereta 2000 cc ke atas, kira kereta mewah, kira orang tu dah kaya, so tak perlu subsidi. Apa barang? Akai ada ka?

Tak semua orang pakai kereta 2000cc tu orang kaya. Sekarang ni beli Perdana 2nd hand RM35000 dah dapat, Orang tak kaya pon boleh beli. Habis tu orang kaya yang pakai BMW 1.8 tu, bukan kira kereta mewah ker? Orang miskin boleh beli ker? Banyak lagi kereta2 mewah seperti Honda Civic 1.8, Toyota Altis, Mercedez A160, Mini Cooper, semuanya di bawah 2000cc tapi harganya? Cuba compare pulak dengan kereta2 ni, Naza Citra 2.0 (78,000), Citroen Xsara Picasso 2.0 (89,000), Perdana V6 2.0(100,000 - kereta buatan Malaysia). Itu yang baru, kalau beli 2nd hand pulak, lagi la murah. Orang tak kaya macam gua pun boleh beli.

Itu baru cerita pasal satu kereta. Bagi orang kaya yang ada 3-4 biji kereta, BMW ada Honda ada, Mercedes ada, then untuk anak dara yang baru keluar U, bapak dia bagi Honda Jazz 1.4 sebijik. Anak dia gi isi minyak dapt harga subsidi, sedangkan bapak dia pangkat Dato'. Adil ker?

So, mintak tolonglah, sebelum cakap apa-apa, fikirla dulu betul2. jangan cakap ikut sedap mulut je. Jangan cakap semata-mata nak tunjuk macam ada buat kerja tapi sebenarnya hampeh!!

RM500 ribu duit rakyat , bagi kat gereja?

Apahal ni?

Gua bukan nak kurang ajar atau nak nak melawan pemimpin.

Gua cuma nak tanya, apa rasionalnya kerajaan nak derma RM500 ribu kepada gereja yang terbakar kat Desa Melawati tu?

Salah kerajaan ke gereja tu terbakar? Nampak macam kerajaan yang bersalah dalam hal ni bila senang2 je nak bagi diorang duit setengah juta tu.

Itu baru satu gereja. Macamana kalau gereja2 lain yang terbakar pun mintak jugak? Silap2 lepas ni ada yang tak terbakar, sengaja dibakar supaya dapat gereja baru, yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Ye lah, takkan semua gereja tu bernilai RM500 ribu, ada juga yang modal campur dengan asset yang ada, tak sampai pun RM300 ribu. 

Habis tu, takkan kerajaan nak bayar semua? Apa pulak kata penganut Hindu yang kuil mereka dirobohkan kat Selangor tu? Kalau mereka mintak, adakah kerajaan boleh kata tak nak?

Lagipun, takkan mereka takde insurans... gua pasti diiorang semua ada insuran punya. So semua kejadian2 terbakar, dibakar, vandalisme ni semua memang covered by insurance, habis tu nak buat apa kerajaan perlu bayar balik?

Adoiiii, sekarang ni macamana? Terlajak perahu boleh undur lagi tok, dah terlajak kata ......

Gua dah makin panas ni!!!! Duit gaji gua potong tiap2 bulan bayar income tax, sekarang diorang nak guna buat gereja baru pulak..... jahanam!!