Dua benda yang nampak cantik bila dipandang sekali imbas, kadang2 boleh menipu mata kita. Manusia selalu tersilap pilih. Manusia selalu tertipu.
Gua baru tertipu. Bukan kena tipu, tetapi tertipu kerana terlalu percaya dengan apa yang gua anggap intan. Rupa2nya cuma kaca botol kicap yang sumpik.
Memang sedih bila tertipu begini, tapi ini akan menjadikan gua lebih berhati2 bila memilih.
Orang yang gua sangka kawan selama ini rupa2nya hanya baik didepan. Bila di belakang, habis gua ditikamnya. Takpe lah, gua redha. Kekadang gua rasa kelakar bila memikirkan balik apa yang baru terjadi tadi.
Gua sedang menyiasat satu kes salah laku. Dalam interrogation session, tersasul pulak lidah ni tersebut nama org yg bagi hint , tapi bukan direct pun dan bukan intentional pun.
Tapi orang yg kena interrogate tu dah canang kat semua orang bahwa gua dah leaked information sapa informer gua. Pada gua, ini bukan isu besar. Isu salah laku mamat yang kena interrogate tu lagi besar, lagi serius.
Sekarang ni, isu siapa barua yang pecah lobang jadi sangat panas. Inofrmer tu nampak lebih jahat, lebih bersalah daripada mamat yang salah laku tu..... So kes salah laku macam dah tertutup, isu informer yang buat orang lebih marah....
Gua bingung. Bingung sebab terlibat dengan orang2 bengong yang bangang dan bingai macam ni, tapi berlagak macam orang pandai. Memang nampak pandai pun, sebab tu gua tertipu gamaknya.
Sekarang ni, informer gua tu dah tak percaya dengan kredibiliti gua. Suka ati lu la brader!!! Gua pun bukan percaya sangat dengan kredibiliti lu....
Gua ingat lu intan, rupanya lu sekadar kaca botol kicap yang dah sumpik....
Sampai sekarang gua tak jumpa lagi intan yang gua cari...semuanya kaca yang dah berderai dan bersepai.... hampehhh!!
No comments:
Post a Comment